Tuesday, July 19, 2016

PROSES MEMBUAT KEROPOK KEPING - PENGKALAN SETAR

Kenapa Keropok Keping Pengkalan Setar antara keropok keping tersedap, terglamour di Kuala Terengganu????

Keropok Keping Pengkalan Setar dihasilkan daripada ikan "fresh" yang bermutu tinggi. Dibawah merupakan proses dalam menghasilkan keropok keping ini.




1-  Ikan Tamban yang baru diperolehi dari nelayan tempatan terus diproses secara manual (tenaga kerja manusia) bukan mesin. Hal ini demikian kerana, jika menggunakan tenaga kerja manusia, isi ikan lebih bersih, cara penyiangan ikan lebih baik dan segala isi perut ikan akan dikeluarkan dan ini menjadikan penghasilan keropok ini bermutu tinggi, dijamin kebersihan dan "kemanisan" isi ikan akan terasa apabila keropok ini siap digoreng.



2- Setelah siap isi ikan diproses, diadun dengan bahan-bahan lain, keropok keping yang telah siap dipotong akan dijemur selama satu hari dibawah cahaya matahari yang terik untuk memastikan keropok ini kembang apabila digoreng. Semakin lama keropok ini dijemur semakin rangup apabila dimakan.


3- Ini merupakan hasil selepas melalui proses penjemuran selama 1 hari. Keropok kelihatan kembang. Terdapat kehitaman pada keropok tersebut menunjukkan terdapat banyak isi ikan sewaktu pemprosesan dilakukan.

 4- Keropok akan dibungkus ke dalam bungkusan kedap udara dan ditimbang mengikut kuantiti yang telah ditetapkan. Gambar di sebelah kiri menunjukkan keropok 500gm/ setengah kilo manakala disebelah kanan adalah sebanyak 200gm. 


5- Tadaaaaaaaaaaa... Inilah hasilnya apabila digoreng. Sedap, rangup dan kembang ditambah pula dengan sos pencicah keropok Bukit Tok Beng menambahkan lagi kesedapan keropok ini.