Tuesday, July 19, 2016

PENGKALAN SETAR - LOKASI KEROPOK SEDAP

Kampung Pengkalan Setar dekat dengan kampung Atas Tol. Untuk ke sana, kau perlu cari jalan ke Kedai Kain Desa Murni Pengadang Baru. Kau masuk simpang sebelah kedai kain itu. Kemudian, kau terus kurang lebih 3km aku rasa, dan kau akan nampak Balai Raya Kg. Pengkalan Setar di sebelah kanan kau dan kau masuk simpang sebelah kiri kau, berhadapan balai raya itu.





Keropok ikan di sini dibuat dari ikan yang segar dari laut. Lokasi kampung ini secara geografinya terletak di hulu Sungai Ibai, memungkinkan ikan segar dari laut sampai ke kampung ini melalui Sungai Ibai. Yang paling bagus di sini adalah, harga keropok tidak tetap. Kalau musim ikan sikit, harganya mahal, boleh cecah RM20 sekilo. Tapi, kalau ikan banyak, harganya boleh jatuh sampai RM15 sekilo. Kalau di tempat lain, kalau harga ikan murah, memang tak turun harga keropok. Kalau harga ikan mahal, cepat je naik harga dengan alasan "ikan mahal bos!". Hahahahaha